Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Sunday, February 27, 2011

Festival Tangkap Sotong Langkawi Meriah.

Gambar oleh Hamzah Othman
LANGKAWI, 26 Feb (Bernama) -- Sebanyak 223 kilogram sotong berjaya didaratkan di sekitar perairan Langkawi sempena program "Suluh Sotong Langkawi 2011" yang bermula malam tadi dan berkahir di Jeti Kuala Cenang pada Sabtu.

Ia disertai kira-kira 250 peserta mewakili 49 pasukan yang acaranya dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi, Pengurusan Sumber Perikanan Kuala Cenang dan para pengusaha pelancongan.

Pasukan Rebak dengan tangkapan seberat 13.405 kg muncul pemenang kategori sotong terberat berpasukan untuk membawa pulang wang tunai RM3,000, sementara naib johan Team Pensil dengan tangkapan seberat 13.225 kg menerima RM1,000 dan di tempat ketiga kumpulan Sinar Pagi menangkap seberat 12.445 kg dan menerima RM800.

Pasukan Tanjung Rhu menjuarai kategori sotong terpanjang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Wira Johari Baharom menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

-- BERNAMA

Gambar oleh Hamzah Othman

No comments: