Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Tuesday, November 30, 2010

LKIM Mahu Tingkat Pendapatan Nelayan Dalam RMK-10

LANGKAWI, 29 Nov (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memberi tumpuan kepada usaha menambah sumber ikan di samping meningkat pendapatan nelayan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Di Kedah misalnya yang mempunyai lebih 6,000 orang nelayan, LKIM akan giat menyelia unjam di sekitar perairannya bagi menambah sumber tangkapan kepada nelayan.

"Bagaimanapun buat masa ini unjam-unjam sudah mencukupi di Kedah dan LKIM akan menimbang pembinaannya jika perlu di bawah RMK-10," kata Pengarah LKIM Negeri, Muhamad Noor Had kepada Bernama.

Beliau berkata bagi Langkawi sebagai pulau pelancongan, kawasan di sekitar unjam boleh dijadikan kawasan memancing yang menarik untuk para pelancong terutama pelancong asing.

"Dengan membawa pelancong memancing di sekitar kawasan uncam, ia turut boleh menghasilkan pendapatan sampingan kepada para nelayan," katanya.

LKIM telah membina 10 jeti nelayan di Langkawi bernilai RM1.2 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

-- BERNAMA

AL :
Cek amat menyokong usaha LKIM utk menambah baik jeti nelayan yg ada.. Juga yg diperlukan adalah sokongan dr kerajaan utk membantu meningkatkan pendapatan nelayan..

No comments: