Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Sunday, November 14, 2010

Lawatan Datuk T. Murugiah ke Langkawi

LANGKAWI, 12 Nov (Bernama) -- Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri akan memperluaskan program Hari Bertemu Pelanggan ke semua kawasan Parlimen di seluruh negara sebagai usaha turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah berkata program itu dicadang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad bersama semua agensi kerajaan dengan membuka kaunter untuk membolehkan rakyat membuat aduan masalah yang dihadapi.

"Kita mahu menjadikan hari bertemu pelanggan untuk ketengahkan masalah rakyat sehingga "Aduan Sifar" dalam menyelesaikan masalah mereka," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis anugerah cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Raya di sini pada Jumaat.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Murugiah berharap ibu bapa tidak terlalu memberi penekanan kepada anak-anak mereka untuk memperoleh keputusan 5A pada peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Keadaan itu memberi tekanan kepada mereka yang boleh menjejaskan prestasi murid terbabit," katanya.

Sementara itu, Danesh Samarasam, 12, yang mendapat keputusan 5A 2B pada UPSR yang diumum pada Khamis dipilih sebagai tokoh pelajar manakala S.Sooryaswani, 11, sebagai tokoh harapan.

Bernama --

LANGKAWI, 13 Nov (Bernama) -- Peranan anggota Rukun Tetangga (RT) akan dipertingkat bagi membantu pasukan polis dan Rela mengurangkan kadar jenayah di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.

"Kita mahu RT digerakkan membantu pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rela mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing," katanya.

Terdahulu, Murugiah merasmikan pertandingam akhir Liga Bola Sepak Tunas Jiran 2010 di sini Jumaat malam, yang menyaksikan pasukan RT Temoyong muncul juara selepas menewaskan RT Taman Indah 4-3.

Sebanyak lapan pasukan menyertai pertandingan liga itu yang bermula 1 Nov lepas.

No comments: