Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Sunday, November 7, 2010

Kelab Rekreasi Langkawi Lancar Tabung Derma Bantu Mangsa Banjir Di Kedah

LANGKAWI, 5 Nov (Bernama) -- Kelab Rekreasi Langkawi (Kerel) bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Kedah melancarkan tabung derma kilat untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.

Presiden Kerel, Datuk Mansor Ismail berkata NGO terbabit termasuk Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Langkawi, Koperasi Pembangunan Komuniti Pelancongan Langkawi, Kelab Penerbangan, Kelab Fotograf, Persatuan Basikal Bukit Langkawi, Persatuan Menembak Langkawi, Kelab Sepak Raga Tuju dan Langkawi Motorsport Club.

Beliau berharap orang ramai dan pelancong akan menghulur sumbangan kepada tabung itu yang akan dijalankan selama sebulan sehingga 5 Dis ini.

-- BERNAMA

AL :
Usaha murni oleh NGO dialu-alukan. Mari sama2 tolong mana yg dalam kesusahan

2 comments:

Kamal Sanusi said...

Jgn salahguna kutipan tu udah ler... Standard prosedur yg selalu dibuat dapat RM10 sumbangan, yg diberi kpd mangsa banjir hanya RM1 jer. Balance buat xtvt kelab.

Cuba contohi Persatuan Buddha Tzu Chi. Bagi sumbangan tanpa perlu minta dari org ramai dan tak perlukan kehadiran wartawan

Wakakakakakakaa.........

anaklangkawi said...

:)..itu bior diorg jwb di akhirat sok.. tapi harap2 idak ye