Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, February 22, 2010

Percutian Perdana Menteri Bawa Tuah Kepada Nelayan Langkawi

LANGKAWI, 16 Feb (Bernama) -- Percutian peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Langkawi turut membawa tuah kepada nelayan di Kampung Sungai Chenang apabila mereka "dihadiahkan" kelulusan peruntukan segera sebanyak RM7 juta bagi pembinaan sebuah jeti baru.Perdana Menteri dalam perjumpaan secara tidak rasmi dengan kira-kira 100 penduduk kampung nelayan tersebut, mengumumkan peruntukan itu setelah melihat sendiri kesukaran bot-bot nelayan keluar masuk dari laut ke kuala sungai berkenaan.

"Dua malam lepas Datuk Jo (Johari Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) ada minta saya melawat ke kawasan ini kerana sungai ini dikatakan terlalu sempit dan susah bot nak keluar masuk."Setelah saya lihat keadaan ini, saya umumkan kelulusan segera peruntukan sebanyak RM7 juta untuk buat jeti baru dan saya berharap dengan pembinaan jeti baru itu, pendapatan nelayan di kawasan ini juga meningkat," katanya pada majlis perjumpaan tersebut.Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Selasa mengakhiri percutian peribadi selama tiga hari ke sini.Perdana Menteri berkata beliau juga mahu pencemaran di Sungai Chenang diatasi segera oleh syarikat pembetungan IWK Sdn Bhd. Katanya lawatan tidak rasmi beliau ke kampung nelayan itu adalah selaras dengan pendekatan tinjauan mesra yang sering beliau lakukan bagi mengetahui masalah dan untuk mendekati rakyat.

"Menerusi lawatan seumpama ini, saya rasa lebih selesa untuk bertemu rakyat kerana ia dilakukan tanpa sebarang protokol," kata beliau.Perkampungan nelayan Sungai Chenang turut dilanda tsunami pada akhir 2004.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Alhamdulillah.. Durian runtuh pada nelayan di Kuala Chenang. Jgn jadi mcm projek jambatan terpendek di Kuah udah le..

No comments: