Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, February 22, 2010

LTdL bakal kembali ke Langkawi

KUALA LUMPUR -- Teguran Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sedih kerana Pulau Langkawi tidak lagi menjadi laluan Le Tour de Langkawi (LTdL) dipandang serius oleh penganjur perlumbaan basikal berprestij itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL, Mohamed Salleh berkata, beliau terharu dengan pandangan Dr. Mahathir, namun akibat kekangan tertentu perlumbaan tidak dapat diadakan di pulau peranginan itu tahun ini.

"Namun itu tidak bermakna LTdL tidak akan diadakan langsung di Pulau Langkawi, secara tidak rasminya kami telah membuat keputusan untuk kembali meletakkan lokasi tumpuan pelancong antarabangsa itu dalam kalendar perlumbaan LTdL pada masa akan datang," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Jelasnya lagi, LTdL sentiasa mengubah laluan setiap tahun dan bukan satu masalah besar jika laluan kembali ke Pulau Langkawi.

"Ia secara tidak langsung dapat menjual nama Malaysia di mata dunia terutama sekali dalam bidang pelancongan dan menjana pendapatan negara.
"Ini adalah perlumbaan peringkat antarabangsa, selepas ia kembali ke Pulau Langkawi Malaysia akan lebih dikenali,"
katanya.

Ahad lalu Dr. Mahathir menyatakan kesedihannya kerana Pulau Langkawi tidak lagi menjadi laluan LTdL sejak beberapa tahun lepas berikutan matlamat awal penganjuran kejohanan itu adalah untuk mempromosikan pulau itu di mata dunia.

Dr. Mahathir, yang menjadi pencetus penganjuran LTdL pada 1996, berkata berikutan LTdL tidak lagi diadakan di pulau itu, maka satu kejohanan basikal bukit antarabangsa Langkawi akan dianjurkan pada Jun ini.
Kali terakhir perlumbaan LTdL diadakan di pulau peranginan itu pada 2003 dalam perlumbaan sejauh 9.5 kilometer.

Utusan

Anaklangkawi :- Akhirnya kembali jua ke Langkawi. Apa2pun diharap anak2 Langkawi boikot LtDL sampai mereka kembali ke Langkawi. Mentang2 la kos LtDL di langkawi agak tinggi. Tapi kalau org2 langkawi mintak hak guna nama langkawi teruk juga LtDL ..

p/s: pantang org salah guna nama

No comments: