Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, February 11, 2010

Agih baka kambing galak penduduk menternak


ULU MELAKA - Bidang pertanian dan penternakan mampu membawa pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius. Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib berkata, peruntukan sebanyak RM35,000 disalurkan bagi merancakkan industri tersebut. Menurutnya, seramai 10 peserta menerima 200 ayam kampung setiap seorang dan lima peserta masing-masing menerima empat kambing termasuk peralatan serta bahan makanan.

“Industri penternakan mempunyai potensi untuk dimajukan, perkara ini juga berupaya merangsang pengurangan bahan makanan import. “Namun sesetengah individu yang terlibat dalam bidang ini selalu terhenti di pertengahan jalan dan akhirnya projek penternakan tersebut terbengkalai dan membazirkan duit kerajaan,” katanya ketika menyampaikan sijil projek penternakan ayam kampung dan kambing di Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Taman Agro Teknologi Mardi, Langkawi.

Hadir sama, wakil pegawai Mardi Langkawi, wakil veterinar daerah Langkawi, peserta projek dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sekitar Langkawi. Bagi penternak ayam kampung, Saad Osman, 41, dari Kampung Kelubi berkata, sejak setahun lalu dia dan isterinya, Che Yan Arshad, 39, giat menjalankan aktiviti ini. Menurutnya, penternakan bermula dengan 100 ekor baka ayam sehinggalah mencecah lebih 200 ekor kini.

Sementara itu, Meriyah Busuh, 47, dari kampung Bukit Temin giat menternak kambing, itik dan ayam. “Saya lebih tumpukan perhatian kepada kambing, kini terdapat 11 kambing dari baka japnapari dan tempatan. “Kambing mempunyai permintaan tinggi di pulau ini, selain itu, saya juga mahu buktikan kaum wanita mampu menjadi penternak berjaya dan berdikari," katanya. Beliau berkata, kambing yang diternak adalah bagi pasaran tempatan dan permintaan akan meningkat menjelang cuti sekolah dan musim perkahwinan.


Anaklangkawi :- Elokla. Bukan apa kambing kat langkawi mahal sangat harga. Sampai kalau nak buat korban tak pun akikah boleh cecah Rm 1,000 ringgit sekoq.

No comments: