Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Sunday, November 29, 2009

20 Kapal Layar Sahkan Penyertaan RLIR 2010


LANGKAWI, 25 Nov (Bernama) -- Sebanyak 20 buah kapal layar telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2010 yang akan berlangsung dari 8 hingga 15 Januari depan. Pengarah Teknikal pertandingan, Ahmad Zailani Bashah berkata antara pasukan-pasukan yang telah mengesahkan penyertaan ialah dari Australia, Singapura, Hong Kong, Belanda, New Zealand dan Malaysia. Katanya pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) dan Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) bawah 25 tahun akan mewakili Malaysia pada pertandingan itu yang dianjurkan Kelab Pelayaran Diraja Langkawi (RLYC)."Penganjur Regata bagaimanapun mensasarkan menarik penyertaan 50 kapal layar dari seluruh dunia menyertai pertandingan itu tahun depan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata promosi dan pendaftaran berterusan telah diadakan dan yang terbaru semasa kejohanan Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor yang berakhir di sini Sabtu lepas. RLIR mempertandingkan acara kelas Racing, Sport boats, kelas Multihull, kelas IRC dan kelas Club, merupakan pembuka tirai kejohanan layar di Langkawi bagi 2010 dan diikuti Regatta Perdana anjuran MYA pada 27 hingga 31 Jan.-- BERNAMA

No comments: